AKTIVITI [APP] SEPANJANG 2010

BENGKEL PENULISAN ARTIKAL AKHBAR DAN MAJLAH [kali ke3]
Pada : 24 April 2010 /Sabtu /8:30 pagi-6:00 ptg

Tempat : Hotel VISTANA , K.Lumpur.
Bayaran Penyertaan RM270 /peserta


JADUAL BENGKEL/KURSUS UNTUK 2010
1) 30hb.Jan.2010 > BENGKEL PENULISAN SEHARI siri(1) (BIOGRAFI DAN UMUM)
2) 10hb.Feb.2010> BENGKEL PENULISAN UNTUK JABATAN PERTANIAN
3) 5,6,7hb.march 2010 >BENGKEL[3H2M] PENULISAN BUKU UMUM, BIOGRAFI, RENCANA AKHBAR DAN MAJALAH

4) 27 hb.March 2010 > BENGKEL PENULISAN siri(2)

Sunday, February 28, 2010

CERPEN



BERDIALOG DENGAN BULAN


Oleh: Mokhtar Petah


Malam hitam bermandi warna perak, memeluk sekitar Bukit Warisan. Beberapa ekor burung tukang berbunyi kalut, sahut menyahut, dalam belukar di pinggir bukit. Bunyi pungguk mendayu hiba di dahan berangan, di belakang kawasan perumahan di situ.

Awan putih berarak manja di dada langit biru. Melintas lalu di hadapan bulan sedang senyum. Mesra. Sesekali awan seperti malu melewati bulan tunggal itu. Tetapi, apakan daya, pertemuan hanya sekelip mata cuma; awan berlalu meninggal bulan muda.

Di jendela berkipas kaca, terbuka seperti menanti bulan masuk ke rumah dua tingkat berjajar itu, berdiri gadis eksekutif sebuah jabatan kerajaan, Sri Anisah. Dia baru selesai sembahyang hajat. Pada malam itu, dalam sembahyangnya yang khusuk. Tawadhu', dia membaca di hujung fatihah pertama. Surah Al Ikhlas, di akhir fatihah kedua. Kepada Allah dia memohon agar mengurniakan nikmat sihat kepadanya.

KALIMAT KERAMAT

Pada tingkatan usia Sri Anisah 32 tahun, dia menggantungkan harapannya kepada AllahYang Maha Asa; hendaknya, dia Segar. Gembira. Tidak putus asa. Akan diteruskan tanggungjawabnya kepada negara. Sebagai ikrarnya kepada negara. ditacapkan kalimat keramat,’Kerana Allah, dalam suka gadisnya. "Kuserahkan badan dan nayawaku kepada negara, bangsaku".

Permukaan Tasik hati Sri Anisah berkocak; bagai dipuput udara petang. Lima wajah bekas kekasihnya melintasi hatinya. Lima insan itu dilepas dan terlepas, kerana tidak wujud persamaan idea. Tidak seimbang harapan. Berbeza timbang berneraca. Sri Anisah dan lima jejaka itu, telah memilih jalan dan denai masing – masing.

“ ... Umar, kekasih awalku ..., aaah, cinta monyet ..., pada masa menuntut sekolah menengah ..., putus ..., mungkin kerana aku sakit ..., syukur kepada Allah,” suara hati Sri Anisah.

Sejak usia lima belas tahun, tubuh Sri Anisah dimamah penyakit anaemia (keadaan darah yang disebabkan kekurangan korpusel merah – menyebabkan penghidapkan pucat dan lesu).

Pada peringkat awal penyakitnya itu disedari, pada ketika dia di sedang belajar dalam bilik darjah,sekolahnya. Darahnya turun seperti perempuan datang bulan. Berketul – ketul. Mengejutkan para guru dan pelajar sekolahnya.

“... emak, ayah ..., adik beradik Sri sangka Sri keguguran. Mereka pandang tak baik kepada Sri, pada waktu itu, mana sakit, mana menahan rasa malu lagi, emak dan ayah sangka begitu ..., Allah sahajalah yang tahu,” Sri Anisah mengadu kepada bulan.

“Di hospital, doktor sahkan Sri mengidap sakit Anaemia, dah lama, barulah dia orang tu tak sangka buruk kepada Sri lagi,” Sri Anisah mengadu lagi.

“Di universiti, Amin, ...kami bercinta ..., tak lama ..., tak sesuai ..., dia tak ada daya leader ship ..., dalam negara mencabar ni, suami mesti ada daya tu ...,” bisiknya lagi seolah – olah dia meminta simpati dari bulan.

“Bila dah kerja, sangkut cinta lagi ..., cinta dengan Hassan ..., tak lama ..., putus ..., tak sesuai juga ..., entak, Sri tak ada selera pada dia ...,” bisik Sri Anisah sambil mendongakkan wajahnya kepada bulan 'bercahaya terang'(Quran). Indah.

“Saya tahu ..., anda memilih...,” kata bulan.

“ ...taklah, tak memilihlaaa ..., tapi ...,” sahut Sri Anisah. Dua bola matanya masih tersangkut pada bulan bujang di dada langit biru.

“Habis, fasal apa?” Bula bertanya sambil mengusap sepasang pipi gadis itu.

“Macam mana ..., Sri rasa tak sesuai, tak selera ..., macam tu juga dengan Kamal ..., dengan Manan ...,” suara Sri tersangkut pada anak lidahnya sendiri.

“Manan, Sri suka, ibu bapa Sri suka ..., tapi gadis saudara pupunya cintakan dia ..., Manan tak sanggup tolak adik pupunya, takut lerai adik beradik, kaum kerabat ..., Sri tak sanggup bermadu ..., kami putus ...,” bisik Sri Anisah kepada bulan.

Bulan senyum.Bagaikan alim mursyid senyumkan muridnya yang pintar,

Subhanallah, la ni ada yang sangkut lagi...?” Bulan bertanya.

“Ada ..., tapi, entahlah ..., Sri duk kira nak putus ..., tak sesuai dengan Sri ..., tak boleh, dia ego semacam ..., bangga diri, banggakan keluarganya kaya ..., heee, tak sesuai ...,”jerkah Sri Anisah kepada bulan.

Bulan senyum lagi.

“Anda jerkah saya ..., saya tak pernah bercinta..., hanya menyaksi umat manusia bercinta ..., janji tepi tasik, di pantai, di mana – mana bawah saya, kadang – kadang saya dijadikan saksi dalam sumpah mereka ...,” ujar bulan mangsa jerkah Sri Anisah.

“Iake ...?” Suara gadis berdarah Jawa Felda itu, menjadi lembut.Malu amat dia kepada bulan.

“Iaaa, tapi, kebanyakannya, macam Sri dengan kekasih - kekasih Sri jugalaaah...,” putus berkecai ..., ada yang bunuh diri ..., wallah, minta lindung dengan Allah ...,” ujar bulan.

A’uzubillah ..., walaupun putus cinta, Sri kuat semangat, tabah, berserah kepada Allah ..., semua itu takdir Allah jua ...,” sahut Sri Anisah.

“Baguslah, anda wanita jujur ..., solehah ...,” bulan memuji gadis mangsa penyakit anemia dan cinta sejumlah rukun Islam itu.

“Macam mana anda tau Sri jujur, Sri solehah ...?” Seri bertanya.

“ ...kan saya ni dah tua, sama tua dengan alam maya ni ..., saya tengok ruang kuku ibu jari tangan anda ..., jari jemari Sri ..., wajah Sri..., saya tahu Sri gadis jujur ..., solehah,” sahut bulan. Senyum mesra.

“Iake ...?” Sri Anisah bertanya. Hairan.

“Hanya satu ...,” kata bulan. Mesra.

“Apa dia?” Tanya Sri Anisah.

“ ...anda jangan putus asa, anda bercinta lagi ..., tak usah pilih lelaki, jangan sampai macam kata orang – orang Nusantara, pilih – pilih tebu, terpilih buku teberau ...,” bulan menasihati Sri Anisah

"Apa teberau tu, bunyi macam nama selat di Johor aje?" Sri Anisah bertanya.

"Teberau tu macam tebu, tak ada air manis macam tebu ..., tumbu liar di tepi selat, tasik dan redang, " jawab bulan.


Sri Anisah Diam. Dada suburnya berobak dalam cahaya bulan.Nasihat bulana itu diterima setulus hatinya.

"Sri tahukan, dalam Quran, Allah menyatakan 'azwaaju', yakni pasangan ..., ada lelaki ada perempuan, ada jantan ada betina ..., ada positif ada nagatif ...,” jelas bulan.

Sri Anisah tunduk. Sejenak kemudian, dia mendongak kepada bulan. Dalam relung otaknya menjelma data Quran. Dalam kitab suci itu ada dua belas kata azwaaju – pasangan.

“Kalau Sri tak kahwin, Sri tak dapat jadi manusia kamil dalam golongan manusia berperikemanusiaan, Sri mesti ada anak ..., keturunan Seri sendiri..., pengganti Sri ..., pewris Sri ...,” bulan menasihati Sri Anisah.

“Iake ...?” Sri bertanya.

“Ia, jika Sri tidak bersuami, tak ada anak ..., tentulah tak ada manusia yang tahu Sri dilahirkan dan wujud di muka bumi ini Allah itu...,” jawab bulan.

Sri Anisah meletakkan jari telunjuk tombak serainya ke celah sepasang bibitnya. Digigit hujung jarinya itu, seperti orang geramkan ssuatu.

“Yakinlah Sri, firman Allah, dalam surah al insyirah: Sesungguhnya, tiap – tiap kesukaran itu disertai kemudahan.”

Dari pohon akasia, di seberang jalan, bunyi pungguk mendayu – dayu. Hiba. Entah benar, entah tidak si unggas buruk itu merindukan bulan. Sepanjang hayatnya, bertepuk sebelah tangan. Entahkan umat manusia yang menyangkakan pungguk rindukan bulan itu, tertipu oleh fikiran mereka sendiri. Pungguk berzikir. Ratib nama – nama Allah – asmaul husna.

“Selama pagi, sayang,” bulan mengucap mesara kepada Sri Anisah.Gadis itu tersentak. Terkeju. Pagi dingin sedang memeluk tubuhnya.


“Selamat pagi,”sahut Sri Anisah.

Bulan berlalu menjalankan perintah Allah dengan taat dan takwa. Sri Anisah masih berdiri manja dalam cahaya bulan di Jendela. Hatinya terlerai dari duka yang sentiasa mengocah - menderaketenteraman jiwanya.

“Bulan...,” Suara Sri Anisah tertelah dalam halkumnya sendiri.

Nekadnya; nasihat bulan akan dijadikan paduan di perjalanan hidupnya yang jauh.

Tamat

Friday, February 26, 2010

CERPEN



Esok



CERPEN:

BERDIALOG DENGAN BULAN

Oleh: Mokhtar Petah


SAJAK


MUHAMMAD AL AMIN


Muhammad al amin,

Lahir pada lebih seribu tahun silam,

12 Rabiul awwal tahun gajah,

Putera yatim di bumi Makah,

Aminah ibunya, janda solehah.



Muhammad al amin,

Rasul pada hujung zaman,

Rasul pilihan,

Perobah zaman,

Pelopor tamadun umat manusia.



Muhammad al amin,

Quran gedung wahyu Allah,

Mukjizat berhias berkat,

Kepada anda dilimpah ruah,

Petunjuk berhikmat seluruh jagat.



Muhammad al amin,

Anda pemimpin revolusi kemanusiaan,

Menghapus kepalsuaan,

Kemungkaran umat manusia,

Anti Allah dan pemusnah kemanusiaan.



Muhammad al amin,

Sunnah anda panduan kami,

Hadis anda kuliyah yang tiada surut,

Pengetahua duniawi dan ukhrawi,

Melebihi seluruh laut.



Muhammad al amin,

Kambing anda gembalakan dulu,

Entah di mana kini,

Jika Melayu terjah Quran dan sunnah,

Jadilah kambing anda semula!



Muhammad al amin,

Selawat kami kepada anda,

Iktikad dan takwa kami tanpa hujung,

Sefaatkan kami Melayu sebangsa,

Di akhira anda tempatkan di shyurga.



Masjid Putrajaya ...............Mokhtar Petah

Monday, February 1, 2010

BENGKEL PENULISAN UMUM DAN BIOGRAFI Siri (2)

BENGKEL PENULISAN UMUM DAN BIOGRAFI siri(2)
Pada : 27 March 2010 /Sabtu /8:30 pagi-6:00 ptg/Putrajaya WP.
Bayaran Penyertaa
n RM150 /peserta
(Edit Publisher menaja RM100/peserta)

Bayaran Asal RM250/peserta


Sila Buata Bayaran kepada:
>>DINDERAMAN@SALAHUDDIN DERAMAN
CIMB PUTRAJAYA >NO.AKAUN : 1601 0001852 205
(SILA SMS/MSG INBOX BILA BAYARAN TELAH DI BUAT>> TARIKH, MASA)